Asslamualaikum w.b.t
Selamat pagi kepada semua yang sudi singgah di blog Nofa nie. Semoga anda semua sihat dan berbahagia selalu. Seperti yang kita semua maklum, hari ini negara kita dikejutkan dengan tragedi kehilangan pesawat MH370. Marilah sama-sama kita berdoa semoga pesawat tersebut selamat ditemui.
Semenjak Nofa menjalani latihan industri nie, Nofa rasa berat badan dah naik la. Maklumla kalau sebelum nie Nofa aktif dengan berkawad. Lepas habis jer belajar semua tu tak buat dah...hehe.
Ok hari nie Nofa nak kongsi tips untuk turunkan berat badan.
Let's jom sama-sama kita amalkan untuk dapatkan bentuk badan yang ideal..hehe (^-^)
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita
menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut.
Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini
menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak
tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak.
Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke
paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah
kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak
merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan
rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam
perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air
mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan
memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang
berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan
garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan
pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini
bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda
juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi.
Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih
cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.
Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula
didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah
makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita
makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan
kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.