Thursday 30 May 2013

Rasai Penderitaan Orang Lain

Selamat pagi semua...

Pagi nie Nofa nak kongsi pengalaman semasa membuat lawatan ke Perkampungan Orang Asli beberapa minggu lepas di Kg. Ulu Kelaka, Negeri Sembilan.
  
Lawatan itu diadakan bersempena dengan Program Kepimpinan yang Nofa join dianjurkan oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM. Program ini adalah sebagai inisiatif dalam membantu penduduk kampung orang asli bagi memantapkan ilmu agama Islam dan akidah mereka selain ingin mengenali secara lebih dekat budaya serta cara hidup orang asli.

Selain itu,  melalui aktiviti seperti ini ianya dapat memotivasikan dan berdakwah kepada orang asli di mana segelintir penduduk kampung mempunyai masalah sosial yang serius seperti minum arak, ponteng sekolah, dan tidak mempunyai pegangan agama yang tetap.


Nie lah Tok Batin perkampungan orang asli di Ulu Kelaka. Beliau gembira kerana kami sudi mengadakan lawatan kat kg mereka. Katanya lain kali sila datang lagi. Hehe...

                                                                                                                                                                           
Anak-anak orang asli yang datang ke program kami.
Purata penduduk kampung itu mempunyai sifat fizikal seperti rambut yang kerinting halus.

Peserta program mengadakan aktiviti sukaneka bersama anak-anak orang asli di sana.
 

Nofa bersama-sama anak orang asli.
Peserta program beramah mesra bersama penduduk kampung.
Di antara tetamu yg hadir ke program ini.



Penduduk kampung di sana menjalankan aktiviti pertanian seperti getah dan mengusahakan tanaman ubi, padi, pisang dan jagung di tanah sendiri serta terdapat segilintir di antara mereka mencari sumber pendapatan di luar kampung.

 Kampung itu dilengkapi dengan kemudahan surau dan dewan serbaguna yang diusahakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan penempatan mereka juga dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air bagi kemudahan penggunaan harian mereka. 

 Selain itu, kami mengadakan ziarah dari rumah ke rumah dan memberi hamper berbentuk makanan kepada setiap keluarga untuk mewujudkan sifat ramah mesra bersama mereka serta menjemput mereka bersama-sama menyertai setiap aktiviti yang diadakan. 

Sifat pemalu dan rendah diri menjadikan mereka amat sukar untuk mendekati kami sekiranya tidak dijemput dan berkenal-kenalan terlebih dahulu. 

 Aktiviti ziarah itu memberi kesan positif kerana penduduk kampung bersama-sama menyertai aktiviti yang dianjurkan seperti makan bersama-sama dan mengambil makanan yang disediakan untuk dibawa pulang ke rumah. 

 Moral of the story:

1)  Mahasiswa perlu menjadi contoh ikutan dan idola kepada remaja serta kanak-kanak di kampung itu   agar mereka dapat bersama-sama menjejakkan kaki di peringkat universiti.

2) Para mahasiswa perlu menjaga hubungan baik dan berterusan dengan keluarga angkat masing-masing serta hubungan yang dijalinkan tidak putus walaupun telah selesai program.


Sekian...




Pengalaman Berharga

Assalamualaikum w.b.t.

Pada entry yg lepas Nofa ada berjanji utk berkongsi pengalaman menjalani ujian menembak. Ok pada 25 Mei lepas semua anggota SUKSIS USIM diwajibkan menjalani ujian menembak yang diadakan di Pulapol Air Hitam, Negeri Sembilan.

Sebelum memulakan nemembak kene la isi peluru dulu. Jom kita belajar isi peluru ke dalam magazine. Magazine tu bukan majalah ye kawan2..


Anggota SUKSIS memasukkan peluru ke dalam magazine
Haa ini lah magazine. Peluru yg dimasukkan sebanyak 20 butir.


Inilah peluru yg kami gunakan. Peluru hidup nie tau. Kalau terkena memang boleh membawa maut.



 Semasa dilapang sasar, keselamatan memang sangat diutamakan kerana setiap kelalaian akan membawa maut.

So, kami perlu patuhi dan mengikuti semua peraturan dan arahan yang telah ditetapkan di sana.

Terdapat banyak kawasan larangan yang kami perlu elakkan dari menghampiri dan memasukinya untuk memastikan keselamatan.



.
Anggota-anggota SUKSIS menunggu giliran di tempat disediakan.


Sedang bersedia berbaris untuk menembak.



Semasa menembak, akan ada penjaga di belakang setiap anggota. Kalau kita tembak tak betul, mereka akan ajar la.
Semasa mencabut dan menampal kertas target, bendera MERAH akan dikibarkan menandakan bahaya. Awas...jangan tembak. Nanti lingkup mereka semua. Hehe..






Wednesday 29 May 2013

Minda Bawah Sedar?

Selamat malam semua ...
Korang pernah tak mengalami minda bawah sedar? Sebenarnya ramai dikalangan kita yang tidak prihatin dengan minda bawah sedar kita sendiri. Secara realitinya apa yang terjadi dalam kehidupan kita sebenarnya berkait rapat dengan apa yang kita bayangkan dan katakan.

Mengapa membiarkan Minda Bawah Sedar begitu sahaja?

Our unsubconscious mind sebenarnya adalah lakaran bayangan apa yang bakal terjadi dalam kehidupan kita.

Walaupun ianya agak mustahil untuk kita capai.Tapi bermula dengan minda dibawah sedar inilah ia akan mula create our subconscious mind untuk capai apa yang kita mahukan.

Means?

Ok the step is :
1) Tutup mata anda seketika dan sebaiknya ditempat yang agak tenang.Selesai sahaja ditutup mata,mulakan dengan Bismillah dan selawat pd Nabi.

2) Then bayangkan apa yang anda ingin jadi pada masa hadapan!

For example: "Saya hendak menjadi hamba yang terbaik!"

3) Then elobaratenya/bayangkan dengan lebih lagi.

For example:"Bagaimana caranya?"
"Siapa yang akan terlibat?"
"Bilakah mulanya titik perubahan?"
"Pengakhiran hidup kita bagaimana?"

4) Selesai sahaja sesi ini, minda bawah sedar kalian akan menyimpannya dan akan terus pergi ke minda sedar utk mencapainya.

5) Boleh buka mata dah! Then,Says Alhamdullilah ok!

Walaupun agak mustahil kerana kita seorang yg mungkin banyak melakukan dosa, tapi berkat dengan iktikad kita kepada Allah dan usaha sungguh-sungguh kita ianya mampu terjadi.

Last from Nofa, "Anda adalah apa yang anda fikirkan!".

P/s: Boleh dibuat sebelum tidur juga "apa yang ingin aku capai esok hari!" Keep in your mind,Allah always look up what we do!

Terima Kasih CIKGU..!!

Salam satu Malaysia to all followers my blog..! hehe..

Hari nie Nofa nk story ckit pasal Majlis Annual Dinner Suksis 2013 yg berlangsung dgn pnuh gilang-gemilangnya di Bangi Golf Resort pada 26 Mei lepas.

Pada mlm tersebut kitorg diwajibkan membuat persembahan bagi meraikan semua pegawai2 serta jurulatih2 kami yg hadir. Memandangkan kita masih lagi di bulan Mei jd kami decide utk create satu video bertemakan hari guru utk menzahirkan rasa terima kasih kami kpd semua jurulatih2 kami yg menjadi tetamu VIP pada malam tersebut.




                   
video kami...terima kasih cikgu dan JL atas jasamu mendidik dan mengajar kami


Dalam tidak sedar,dah 3 tahun rupanya aku dalam SUKSIS nie. Yeayy tahun nie dah nak tauliah jadi Inspektor. Cepatnya masa berlalu. I will miss my sweet memories sepanjang menjalani latihan dalam bidang kepolisan ini. One day, I hope that I will be the real Police Officer. 

Skuad kami bergambar bersama tetamu kehormat yg hadir antaranya TNC USIM Dato' Asin Dollah merangkap Komanden Kor SUKSIS USIM

Barisan AJK yg bertungkus-lumus memastikan kelancaran majlis  Annual Dinner. Including me..hehe.
Terharu sangat dengan kesudian Dato' hadir ke majlis kami walaupun dalam keadaan bertongkat. Sebenarnya dato' baru lepas xcident jatuh tangga kat rumahnya semasa nak betulkan lampu kat rumahnya. Tapi disebabkan komited dgn SUKSIS beliau sudi datang walaupun keadaannya tidak begitu mengizinkan.   

Friday 24 May 2013

Jom Belajar MENEMBAK



Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua..? hope u all okey.
Hari nie Nofa nak ajak korang semua belajar menembak. Alhamdulilah ada hikmah rupanya masuk SUKSIS nie. Kalau tak kerana SUKSIS mungkin Nofa tak berpeluang pun nak merasa pegang pistol and M16.

Mungkin korang rasa tak penting pun menembak kan.Tapi bagi Nofa dengan belajar menembak kita dapat membantu negara ataupun sekurang-kurangnya selamatkan diri sendiri dan keluarga kita in case kalau tiba-tiba jer diserang penceroh. Yela sekarang nie memang la negara kita nie aman tapi tgk macam kes kat Lahad Datu hari tu.. tak pasal-pasal jer kena serang. Ramai jugak pahlawan2 negara kita yg terkorban dalam excident tu. Sebab tu la kita kena berhati-hati dengan mengambil langkah yang perlu untuk mempertahan diri sebagai contohnya dengan belajar MENEMBAK.. hehe..

Rabu lepas semua anggota Kor SUKSIS USIM telah menjalani latihan MUSKETRY yg bertempat di Pusat Sukan USIM. Musketry? Mesti korang tak pernah kan. Sebenarnya Musketry nie bermaksud pengenalan/keselamatan & teknik menembak menggunakan rifle M16 dan pistol. Sebelum menembak setiap anggota diwajibkan menjalani latihan Musketry terlebih dahulu sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan sebarang kejadian yg tidak diingini semasa di lapang sasar esok.


             Demo menggunakan M16 dengan betul dan tepat from jurulatih polis yg bertauliah.



Sedang tunggu giliran utk menembak.

Sedia utk menembak






Tembak......hehe


Itu semua adalah demo sahaja. Latihan sebagai persediaan untuk menjalani ujian menembak yg sebenar. Jangan lupa ikuti entry yg berikutnya untuk mengetahui macamana Nofa jalani ujian menembak yang akan diadakan di Lapang Sasar Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, Negeri Sembilan.

P/s: Jgn lupa doakan kejayaan Nofa supaya lulus ujian menembak esk.


Tuesday 7 May 2013

SAHABAT Untuk Selama-lamanya


SAHABAT ungkapan yang senang disebut melalui bibir namun pencarian seorang sahabat amatlah sukar dicari dan payah diganti jika kehilangan mereka.Tahukah kita bahawa bersahabat di atas dasar cinta dan takutkan Allah mendapat hak yang istimewa di sisi Allah Azzawajalla.

Persahabatan kerana Allah adalah persahabatan yang melahirkan sifat yang terpuji kerana konsepnya adalah mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri kita sendiri, menjaga hubungan persahabatan sehingga tidak ada hati- hati yang terguris, melupkan keburukan sahabat dan mengingati kebaikan sahabat kita. Namun pada hari ini,dalam dunia moden ini, sukar untuk kita temui sahabat sejati..namun apa yang ada kawan makan kawan..


Kadang-kadang diam lebih baik daripada berkata-kata

Lidah itu lebih bisa daripada mata pedang. Aku sangat bersetuju dengan pepatah tersebut.

Sometimes, terdapat ramai orang terutamanya disekeliling aku la.. mereka bercakap ikut sedap mulut jer tanpa mempedulikan perasaan orang lain.


Kadangkala lebih baik mendiamkan diri daripada menguarkan kata-kata yang boleh boleh mengguriskan perasaan dan hati orang lain.





Bila senang ramailah kawan datang hampiri kita. Bila kita susah semuanya hilang entah kemana. Nak tegur jauh sekali. Itulah lumrah berkawan.Kadang-kadang kita tak bersyukur dengan ikatan yang telah kita jalinkan dengan kawan-kawan kita.

Orang kata kawan dan sahabat adalah dua perkara yang berbeza. Kawan senang dicari tetapi tidak mudah untuk mencari sahabat. Ingatlah sahabat sejati boleh membawa ke syurga.

Sejarah telah membuktikan bahwa Rasulullah s.a.w mendidik para Muhajirin dan Ansor bersaudara kerana aqidah Islam. Namun pengorbanan sahabat Ansor sangat hebat sehingga sanggup mengorbankan harta benda mereka demi para sahabat dari kalangan muhjirin mekkah. Bayangkan sahabat-sahabatku jika ada golongan yang sebegini pada zaman hari ini, nescaya tidak kedengaran di telinga kita pelbagai perkara mungkar.

1. Bersahabatlah kerana mengharapkan keredhaan Allah, kerana nikmat Ukhuwwah Allah amat berharga.
2. Ingatilah sahabat anda ketika mana anda sedang berdoa dan bermunajat kepada Allah Azzawajjala.
3. Kawan boleh dicari tetapi sahabat sukar dicari .
4. Bersyukurlah jika anda mempunyai sahabat yang sentiasa berdoa kepada anda.

P/s: I'm just wanna be fren with someone who want to be fren with me.