Tuesday 7 May 2013

SAHABAT Untuk Selama-lamanya


SAHABAT ungkapan yang senang disebut melalui bibir namun pencarian seorang sahabat amatlah sukar dicari dan payah diganti jika kehilangan mereka.Tahukah kita bahawa bersahabat di atas dasar cinta dan takutkan Allah mendapat hak yang istimewa di sisi Allah Azzawajalla.

Persahabatan kerana Allah adalah persahabatan yang melahirkan sifat yang terpuji kerana konsepnya adalah mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri kita sendiri, menjaga hubungan persahabatan sehingga tidak ada hati- hati yang terguris, melupkan keburukan sahabat dan mengingati kebaikan sahabat kita. Namun pada hari ini,dalam dunia moden ini, sukar untuk kita temui sahabat sejati..namun apa yang ada kawan makan kawan..


Kadang-kadang diam lebih baik daripada berkata-kata

Lidah itu lebih bisa daripada mata pedang. Aku sangat bersetuju dengan pepatah tersebut.

Sometimes, terdapat ramai orang terutamanya disekeliling aku la.. mereka bercakap ikut sedap mulut jer tanpa mempedulikan perasaan orang lain.


Kadangkala lebih baik mendiamkan diri daripada menguarkan kata-kata yang boleh boleh mengguriskan perasaan dan hati orang lain.





Bila senang ramailah kawan datang hampiri kita. Bila kita susah semuanya hilang entah kemana. Nak tegur jauh sekali. Itulah lumrah berkawan.Kadang-kadang kita tak bersyukur dengan ikatan yang telah kita jalinkan dengan kawan-kawan kita.

Orang kata kawan dan sahabat adalah dua perkara yang berbeza. Kawan senang dicari tetapi tidak mudah untuk mencari sahabat. Ingatlah sahabat sejati boleh membawa ke syurga.

Sejarah telah membuktikan bahwa Rasulullah s.a.w mendidik para Muhajirin dan Ansor bersaudara kerana aqidah Islam. Namun pengorbanan sahabat Ansor sangat hebat sehingga sanggup mengorbankan harta benda mereka demi para sahabat dari kalangan muhjirin mekkah. Bayangkan sahabat-sahabatku jika ada golongan yang sebegini pada zaman hari ini, nescaya tidak kedengaran di telinga kita pelbagai perkara mungkar.

1. Bersahabatlah kerana mengharapkan keredhaan Allah, kerana nikmat Ukhuwwah Allah amat berharga.
2. Ingatilah sahabat anda ketika mana anda sedang berdoa dan bermunajat kepada Allah Azzawajjala.
3. Kawan boleh dicari tetapi sahabat sukar dicari .
4. Bersyukurlah jika anda mempunyai sahabat yang sentiasa berdoa kepada anda.

P/s: I'm just wanna be fren with someone who want to be fren with me.

No comments:

Post a Comment