Thursday 30 May 2013

Rasai Penderitaan Orang Lain

Selamat pagi semua...

Pagi nie Nofa nak kongsi pengalaman semasa membuat lawatan ke Perkampungan Orang Asli beberapa minggu lepas di Kg. Ulu Kelaka, Negeri Sembilan.
  
Lawatan itu diadakan bersempena dengan Program Kepimpinan yang Nofa join dianjurkan oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM. Program ini adalah sebagai inisiatif dalam membantu penduduk kampung orang asli bagi memantapkan ilmu agama Islam dan akidah mereka selain ingin mengenali secara lebih dekat budaya serta cara hidup orang asli.

Selain itu,  melalui aktiviti seperti ini ianya dapat memotivasikan dan berdakwah kepada orang asli di mana segelintir penduduk kampung mempunyai masalah sosial yang serius seperti minum arak, ponteng sekolah, dan tidak mempunyai pegangan agama yang tetap.


Nie lah Tok Batin perkampungan orang asli di Ulu Kelaka. Beliau gembira kerana kami sudi mengadakan lawatan kat kg mereka. Katanya lain kali sila datang lagi. Hehe...

                                                                                                                                                                           
Anak-anak orang asli yang datang ke program kami.
Purata penduduk kampung itu mempunyai sifat fizikal seperti rambut yang kerinting halus.

Peserta program mengadakan aktiviti sukaneka bersama anak-anak orang asli di sana.
 

Nofa bersama-sama anak orang asli.
Peserta program beramah mesra bersama penduduk kampung.
Di antara tetamu yg hadir ke program ini.



Penduduk kampung di sana menjalankan aktiviti pertanian seperti getah dan mengusahakan tanaman ubi, padi, pisang dan jagung di tanah sendiri serta terdapat segilintir di antara mereka mencari sumber pendapatan di luar kampung.

 Kampung itu dilengkapi dengan kemudahan surau dan dewan serbaguna yang diusahakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan penempatan mereka juga dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air bagi kemudahan penggunaan harian mereka. 

 Selain itu, kami mengadakan ziarah dari rumah ke rumah dan memberi hamper berbentuk makanan kepada setiap keluarga untuk mewujudkan sifat ramah mesra bersama mereka serta menjemput mereka bersama-sama menyertai setiap aktiviti yang diadakan. 

Sifat pemalu dan rendah diri menjadikan mereka amat sukar untuk mendekati kami sekiranya tidak dijemput dan berkenal-kenalan terlebih dahulu. 

 Aktiviti ziarah itu memberi kesan positif kerana penduduk kampung bersama-sama menyertai aktiviti yang dianjurkan seperti makan bersama-sama dan mengambil makanan yang disediakan untuk dibawa pulang ke rumah. 

 Moral of the story:

1)  Mahasiswa perlu menjadi contoh ikutan dan idola kepada remaja serta kanak-kanak di kampung itu   agar mereka dapat bersama-sama menjejakkan kaki di peringkat universiti.

2) Para mahasiswa perlu menjaga hubungan baik dan berterusan dengan keluarga angkat masing-masing serta hubungan yang dijalinkan tidak putus walaupun telah selesai program.


Sekian...




No comments:

Post a Comment