Wednesday 24 April 2013







Jom layan lagu from kRISTAL => LUAHAN HATI

Luahkan segala-galanya yang kamu mahu. Selagi kita simpan masalah dalam diri, ianya akan terus membengkak dan menjadi penyakit dalam diri. Sebab itu lah kalau kita tengok situasi pada hari ini, ramai orang yang tidak pandai mengawal emosi sehingga menyebabkan berlakunya stress dan boleh menyebabkan penyakit mental yang lain. Semua ini ada kaitan dengan masalah yang sering disimpan dan tidak diluahkan.

Kebanyakan orang yang tidak boleh mengawal emosi mereka kebiasaannya mereka jauh dari Allah. Kerana itulah Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita meluahkan segala masalah kita. Insya’allah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Tuesday 23 April 2013

Syukur Alhamdulilah

23 April 2013 merupakan tarikh yang akan aku ingat sampai bila-bila. Kejadian excident yang aku alami hari ni betul-betul menginsafkan aku. Setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ni tidak akan kekal selama-lamanya. Bila tiba masa dan saatnya setiap manusia akan pergi jua menghadap Ilahi. 



Mungkin ramai diantara kita pernah mengalami kejadian excident kan. Apabila berlaku sesuatu kecelakaan, perkataan "nasib baik", "mujur", "kalau tidak", dan seumpamanya dengan pantas akan di ucapkan.

Benar, ia biasa diucapkan setiap masa dan keadaan, namun masih ada lagi kata-kata yang lebih baik untuk diucapkan bagi menggambarkan pelbagai perasaan, situasi dan keadaan.




Mengapa Tidak Zikrullah?

Hati yang terpaut dengan zikrullah akan sentiasa menghubungkan Allah dalam setiap perkara yang terjadi. Kalimah Allah dihubungkan dalam pelbagai situasi untuk menjelaskan perasaan seseorang.

Apabila soalan yang disasarkan keluar dalam exam, ia bukan berkenaan "nasib baik". Sedarlah bahawa pertolongan Allah dilimpahkan kepada kita dengan menberikan daya ingatan dan idea yang bernas untuk menjawab soalan tersebut. Bukannya sukar dan susah pun untuk mengucapkan Alhamdulilah.

Begitu juga dengan malapetaka buruk yang menimpa diri sama ada kemalangan jalan raya seperti yang Nofa alami ataupun mungkin hanya terjatuh dari tangga. Jangan bertindak menyalahkan orang lain. Ketahuilah ia tanda kecuaian diri sendiri. Maka kita perlulah mohon kemaafan daripada Allah dengan mengucapkan Astaghfirullah.

Allah ialah pentadbir alam dan perkara yang berkaitan dengan situasi yang perlaku kepada manusia sama ada diberi kegembiraan ataupun ditimpa musibah.

Seseorang perlu meyakini atas setiap perkara yang berlaku adalah dalam qada' dan qadar Allah. Maka mengapa tidak segala-galanya dikembalikan kepada Allah? Ucaplah: Subhanallah, Alhamdulilah, Masya'Allah, Insya'Allah, Astagfirullah atau ucapan yang membuat kita berasa dekat dengan-Nya.


Sekian...

Tuesday 2 April 2013

Okid - Derita (original mtv)

Jom layan lagu dari kumpulan Okid "DERITA". 




Lirik lagu OKID - DERITA

Buka Mata dan Lihatlah
Insan Kecil Yang Tak Berdosa
Jadi Mainan dan Hinaan Semua
Manusia Tiada Berpedoman...

Apakah Salah Mereka
Menjadi Mangsa Yang Terbiar
Dia Disiksa Tanpa Rasa Simpati
Hanya Melihat Darah Merah Mengalir ke Bumi...

Bridge:
Sengsara Kan Terasa
Di Sepanjang Hayatnya
Tangisan Tak Bersuara
Insan Yang Sekecil Itu
Merasa Peritnya Derita
Ditanggung Jua...

( Korus )
Mengapa Dia Disiksa
Hingga Lesu Tak Bermaya
Haruskah Kita Menyaksikan
Penderitaan Pada Mereka..
Apa Nasib Mereka Jika ini Masih Terjadi
Kita Sama-sama Membantu
Melindungi Hidup Mereka..

Mereka Perlukan Perhatian
Bukan Penyiksaan Yang Diminta
Berikan Kasih dan Belaian Mesramu
Moga Diberi Petunjuk dan Hidayah Yang Sejati..

Sama-sama lah kita hayati maksud lirik lagu nie. Banyak manfaat dan kesedaran yang kita boleh dapat kalau kita hayatinya betul-betul.

Kadang-kadang dalam hidup ini kita perlu ambil tahu jugak tentang derita yang ditanggung oleh orang sekeliling kita. 
"Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang memikul".
So, hargailah hidup anda. kalau kita rasa banyak sangat dugaan dan masalah dalam hidup kita, percayalah ujian dan dugaan dalam hidup orang lain mungkin lebih berat daripada masalah yang kita hadapi kita.