Tuesday 23 April 2013

Syukur Alhamdulilah

23 April 2013 merupakan tarikh yang akan aku ingat sampai bila-bila. Kejadian excident yang aku alami hari ni betul-betul menginsafkan aku. Setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ni tidak akan kekal selama-lamanya. Bila tiba masa dan saatnya setiap manusia akan pergi jua menghadap Ilahi. 



Mungkin ramai diantara kita pernah mengalami kejadian excident kan. Apabila berlaku sesuatu kecelakaan, perkataan "nasib baik", "mujur", "kalau tidak", dan seumpamanya dengan pantas akan di ucapkan.

Benar, ia biasa diucapkan setiap masa dan keadaan, namun masih ada lagi kata-kata yang lebih baik untuk diucapkan bagi menggambarkan pelbagai perasaan, situasi dan keadaan.




Mengapa Tidak Zikrullah?

Hati yang terpaut dengan zikrullah akan sentiasa menghubungkan Allah dalam setiap perkara yang terjadi. Kalimah Allah dihubungkan dalam pelbagai situasi untuk menjelaskan perasaan seseorang.

Apabila soalan yang disasarkan keluar dalam exam, ia bukan berkenaan "nasib baik". Sedarlah bahawa pertolongan Allah dilimpahkan kepada kita dengan menberikan daya ingatan dan idea yang bernas untuk menjawab soalan tersebut. Bukannya sukar dan susah pun untuk mengucapkan Alhamdulilah.

Begitu juga dengan malapetaka buruk yang menimpa diri sama ada kemalangan jalan raya seperti yang Nofa alami ataupun mungkin hanya terjatuh dari tangga. Jangan bertindak menyalahkan orang lain. Ketahuilah ia tanda kecuaian diri sendiri. Maka kita perlulah mohon kemaafan daripada Allah dengan mengucapkan Astaghfirullah.

Allah ialah pentadbir alam dan perkara yang berkaitan dengan situasi yang perlaku kepada manusia sama ada diberi kegembiraan ataupun ditimpa musibah.

Seseorang perlu meyakini atas setiap perkara yang berlaku adalah dalam qada' dan qadar Allah. Maka mengapa tidak segala-galanya dikembalikan kepada Allah? Ucaplah: Subhanallah, Alhamdulilah, Masya'Allah, Insya'Allah, Astagfirullah atau ucapan yang membuat kita berasa dekat dengan-Nya.


Sekian...

No comments:

Post a Comment