Thursday 30 May 2013

Pengalaman Berharga

Assalamualaikum w.b.t.

Pada entry yg lepas Nofa ada berjanji utk berkongsi pengalaman menjalani ujian menembak. Ok pada 25 Mei lepas semua anggota SUKSIS USIM diwajibkan menjalani ujian menembak yang diadakan di Pulapol Air Hitam, Negeri Sembilan.

Sebelum memulakan nemembak kene la isi peluru dulu. Jom kita belajar isi peluru ke dalam magazine. Magazine tu bukan majalah ye kawan2..


Anggota SUKSIS memasukkan peluru ke dalam magazine
Haa ini lah magazine. Peluru yg dimasukkan sebanyak 20 butir.


Inilah peluru yg kami gunakan. Peluru hidup nie tau. Kalau terkena memang boleh membawa maut.



 Semasa dilapang sasar, keselamatan memang sangat diutamakan kerana setiap kelalaian akan membawa maut.

So, kami perlu patuhi dan mengikuti semua peraturan dan arahan yang telah ditetapkan di sana.

Terdapat banyak kawasan larangan yang kami perlu elakkan dari menghampiri dan memasukinya untuk memastikan keselamatan.



.
Anggota-anggota SUKSIS menunggu giliran di tempat disediakan.


Sedang bersedia berbaris untuk menembak.



Semasa menembak, akan ada penjaga di belakang setiap anggota. Kalau kita tembak tak betul, mereka akan ajar la.
Semasa mencabut dan menampal kertas target, bendera MERAH akan dikibarkan menandakan bahaya. Awas...jangan tembak. Nanti lingkup mereka semua. Hehe..






No comments:

Post a Comment